Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua blogger!
Nama saya Anis Farhana. Boleh saja panggil Anis.
Dulu saya suka tulis blog juga. Tapi berhenti seketika.
Now, permulaan yang baru, nak mulakan blog semula walaupun dah berusia.
Saja, mahu berkongsi kehidupan Anis di bumi sakura selama beberapa tahun ini.
Ok juga kalau Anis ceritakan serba sedikit pasal Anis ye.
Anis asal dari Kelantan. Suami asal dari Kelantan dan anak asal dari Jepun. haha.
Ada sorang baby girl. Lahir di Kagoshima, Jepun. Baru berusia 1 tahun setengah.
Ringkasnya ni tahun ke-9 Anis menetap di Jepun, dari umur 20 tahun da jejak bumi sakura.
Datang untuk menyambung study dalam bidang Mechanical Engineering dan sampai sekarang tengah buat PhD under tajaan sendiri.
Doakan tau. Susah sikit belajar takde scholarship, tapi boleh sebenarnya. Cuma lambat lah sikit disebabkan masalah kewangan kadang-kala menimpa.
Apa yang Anis buat untuk tampung hidup disini? Basically, cost sara hidup kami bertiga di Kagoshima ini lebih kurang RM8000 sebulan. dah termasuk semua expenses, sewa rumah dan sebagainya. Tetapi tidak termasuk yuran persekolahan dan hal-hal sekolah.
Suami Anis buat part time. Kerja dengan orang, dan kadang-kadang kerja sendiri. Apa kerja semua buat, asal masuk duit dan halal.
Anis ada juga buat some business untuk tampung hidup kami di sini. Anis ada jual Matcha Original dari Jepun, Anis buat Shaklee dari Jepun untuk Malaysian di Jepun dan di Malaysia, Anis jual cosmetics ( SKII dan lain-lain ). Macam-macam lah.
Satu lagi Anis ni jenis minat berniaga kot. Suka meniaga dan bersembang dengan orang melalui chatting!
Tapi, kalau nak dibandingkan masa yang Anis ada untuk PhD dan bisnes sangat terhad. Malam je melepet, keletihan. Dari pagi sampai siang mengadap komputer dan journal, malam atau masa rehat je mengadap phone untuk hal-hal bisnes.
Nak tak nak memang kene buat. Kalau tak, tak boleh shopping! eh! bukan Shopping la tapi saving untuk emergency ke atau lain-lain.
Nanti Anis akan kongsikan banyak lagi pengalaman Anis dan info-info menarik sepanjang Anis di Jepun ni. Sementara masih di sini kan! Dalam setahun dua lagi insyaAllah akan grad dan akan mula bekerja!
Jom la bertaaruf di blog pula korang!
Love,
Anis Sushi
Permulaan Yang Baru sebagai Anis Sushi
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)

0 comments:
Post a Comment