Harap semua sihat walafiat ye.
Anis rasa nak menulis kat sini tentang macam mana nak datang ke Kagoshima.
Of course, biasa orang datang Jepun, Kagoshima bukan dalam pilihan. Tetapi, ramai yang datang sini atas urusan internship dan research.
Ramai yang PM tanya tentang flight dan airport mana yang sesuai untuk touch down kan. So Anis cerita serba sedikit.
Kalau yang takde budget limit, okay je boleh naik any airlines yang sampai ke Kagoshima. Contohnya JAL ( Japan Airline ), ANA ( All Nippon Airline ), Korea airline, Malaysia Airline, Thai Airways. Dan banyak lagi.
Sekarang ni JAL agak murah. Kalau naik JAL, biasanya kene transit di Tokyo. Dan boleh multiple city. Contohnya, kalau ambil tiket depart dari Kuala lumpur sampai Hokkaido. Tiket return boleh amik dari Kagoshima ke Kuala Lumpur. Maknanya tak perlu amik tiket return dari Hokkaido. Faham ke tak ni? Hehe. Ni Anis dapat info dari kawan Anis.
Tapi Anis nak cerita, tentang flight low cost untuk sampai ke Kagoshima. Air Asia murah kalau pandai cari. Kalau pergi balik dapat RM1000, tu dikire murah. Anis pernah dapat tiket RM600, pergi balik. So kene cari awal or grab free seats or guna points.
So dari Kuala Lumpur ke Osaka Anis amik Air Asia.
Dari Osaka ke Kagoshima, Anis amik Peach airlines. ( 1 jam perjalanan )
Macam ni la website peach. Kalau guna kredit or debit kad, boleh beli sendiri. Kalau nak beli cash, kene mintak orang yang tinggal di Jepun belikan. So kita akan beli dan bayar di convenience store ( lawson, Family Mart, 7eleven dan banyak lagi )
Kalau time promosi, peach boleh dapat RM80 sehala. Kalau mahal, takde promosi, RM300 ke atas.
So basically biasanya kalau travel balik ke Kota Bharu, kami kene naik 3 kali flight.
Kagoshima- Osaka- Kuala Lumpur- Kota Bharu.
Sejak ada anak kecik ni, kami akan stop bermalam sebelum next flight. Untuk bagi die cukup rehat dan tak meragam. Yang ni penting, sebab kalau tak die meragam dalam flight susah. Kesian kat passenger lain kan.
Maybe setakat tu dulu perkongsian entry kali ini.
Actually banyak lagi. Nanti Anis kongsikan untuk post selanjutnya.
Kalau ada yang memerlukan info boleh je contact Anis di facebook Anis Farhana binti Ibrahim atau terus whatsapp Anis di +819084002699 InsyaAllah Anis akan reply dan tolong mane yang boleh.
Anis juga buat bisnes untuk barang supplement. So siapa yang memerlukan boleh hubungi Anis tau!

0 comments:
Post a Comment